Thursday, 21 August 2014

insan istimewa ..

dialah ..
insan yang bergelar ayah ..
pengorbanannya membesarkan anak anak tiada terkira ..
kasih sayangnya tidak termampu jika dibandingkan dengan apa apa pun di dunia ini ..
aku tidak tahu bagaimana hidupku andai ayah tiada di sisi ..
mungkin aku ego ..
namun dialah insan yang amat ku sayangi di dunia ini ..
tidak berganti ..
kini baru ku mengerti maksud dari segala nasihat dan kata kata tersiratmu ..
terima kasih kerana membesarkanku dengan penuh kasih sayang ..
kaulah ayahanda tercinta ..
kaulah satu tiada berganti ..
hanya kaulah ayah ..
seorang insan mulia ..
pendengar yang baik ..
penasihat terbaik ..
tiada ungkapan untukku luahkan rasa ini padamu ayah ..
ku berdoa agar dikau sentiasa sihat ..
dipermudahkan segala urusanmu ..
semoga kau mampu membawa kami ke syurga bersamamu ayah ..
ku amat menyayangimu ..

No comments:

Post a Comment